
Masalah:
Malam ini sangat panas, ada 2 kipas pon saya masih. Saya terfikir tidak adakah cara yang lebih berkesan untuk menyejukkan diri.
Teori yang saya tahu:
individu yang panas adalah disebabkan beliau berada dalam keadaan panas. Suhu yang tinggi di waktu siang disebabkan cahaya matahari. meninggalkan haba yang banyak pada dinding2 rumah lebih2 lagi rumah batu yang berasakan konkrit. lantaran itu pada waktu malam haba2 ini akan mula meresap semula keluar dari dinding konkrit mengikut hukum termodinamik "pergerakkan haba" dalam bahasa Melayu.
haba ini seterusnya akan bergerak ke persekitaran yang lebih sajuk dalam dan luar rumah. Jadai inilah yang menyebabkan saya berasa panas dan seperti mahu menigkatkan kelajuan kipas.
Idea:
Selain dari menyejukkan badan menggunakan kipas pasti ada kaedah lain untuk mengalirkan haba terus luar rumah, jadi tiada haba lagi yang ada dalam persekitaran rumah. kaedahnya adalah denngan menjadikan kawasan luar rumah lebih sejuk seperti wauktu hujan.
air delam sains memang diketahui merupakan pengalir haba yang sangat baik dan mempunyai potensi menyimpan haba yang banyak (haba pendam pelakuran; mungkin saya salah sebab saya malas untuk merujuk buku yang entah dimana). dalam Islam pun kita disarankan untuk mengambil wudu' dengan air sekiranya dalam keadaam marah ( panas= haba yang tinggi hasil pembakaran lemak individu) sebab itulah mungkin org tua2 kata individu yang kurus panas baran, sebab lemak2nya telah bnyak terbakar hasil metabolisma yang tinggi dalam tubuhnya.
memandangkan saya tinggal di rumah teres dimana kami berkongsi dinding jadi untuk menyiram air kedinding luar rumah saya amatlah mustahil. Jadi target saya pada kali ini adalah bumbung rumah. Jadi untuk menyejukkan rumah adalah dengan menyiram air seperti hujan diluar rumah supaya haba panas mengalir keluar bukan kedalam rumah.
Penyelesian yang mugkin:
perlu ada sistem yang menyiram bumbung rumah saya seperti air pancut yang menyirami rumput2 carpet dirumah corner lot jiran2 saya. saya rasa rumah saya akan lebih dingin dari sekarang yang saya hadapi. tetapi disebabkan sitem berkenaan tidak pernah saya dengar pernah ada saya pun bercadang untuk megambil wudu' sebelum tidur..
end..

