Wednesday, March 7, 2012

Ilmu suluh hidup

Sekolah kebangsaan sementa pusat pengajian,
untuk semua bangsa utama anak watan yang dahaga pelajaran,
Kami murid2 yang setia berani dan sanggup,
tanamkan azam kita amalkan cogan kata
Ilmu suluh hidup..

bermula setalah setahun berkelana dengan lagu sekolah aku yang sunnguh memberi inspirasi..

Ilmu kini telah disempitkan falsafahnya oleh barat.. Ilmu hanya untuk kehidupan yg lebih selesa,
mereka membahagikan ilmu kepada sub2 bidang supaya umat islam tidak menguasai semua bidang ilmu..
Ilmuan islam yang tersohor dan menjadi tulang belakang dalam semua bidang ilmu barat ketika ini tidak menguasai semua bidang ilmu.. ini kerana mereka tidak pernah disogokkkan dengan pecahan subjek2 yang mengongkong minda anak2 .



mengapa perlu ada sukatan pelajaran, sedang kan ilmu Allah itu amatlah luas dan tidak terbanding oleh pemikiran manusia..
Minda umat islam dikongkong kuat dengan sukatan pelajaran yang disukat sedikit demi sedikit walhal ianya tidak sepatutnya begitu...

Barat akhirnya akur dengan keperluan penyelidikan masakini yang mula mengorak langkah kepada memperkenalkan terminologi baru seperti interdicipline dan transdicipline.

Semua bidang ilmu adalah berkaitan dan berhubungan.. Sains tidak dapat berdiri dengan gahnya tanpa fizik, fizik tidak dapat difahami tanpa matematik dan falsafah. begitu juga bidang2 yang lain kena itulah ilmuan ulung seperti ibn sina dilihat menguasai semua cabang ilmu.

utamaya semua bidang ilmu ini perlu diasaskan oleh asas ilmu agama yang kukuh agar setiap butiran ilmu dapat memberi manafaat pada diri dan org lain..

~~terlalu berat penulisan ini untuk entri pertama tahun 2012~~

No comments:

Post a Comment